PROGRAM SOKONGAN (CSI)

Kami percaya bahawa pendidikan adalah satu kaedah pembelajaran yang seharusnya dijalankan secara berterusan dan tidak terhenti selepas seseorang individu telah menjadi seorang graduan atau apabila sesebuah kursus telah tamat.

 

Berdasarkan dari pendirian inilah kami telah mewujudkan program Career Support Initiative (CSI) yang bertujuan untuk membantu graduan kami agar mereka lebih bersedia untuk melibatkan diri dalam dunia perundingan imej.

CSI adalah satu platform yang direka khas untuk membantu graduan kami dari aspek:

  • Tunjuk ajar dari perunding utama kami secara berterusan – WALAUPUN SETELAH TAMAT KURSUS.

  • Kelas ulangkaji – kelas tambahan yang bertujuan untuk melatih set kemahiran perundingan imej yang terkini.

  • Networking’ di antara bekas-bekas pelajar kami, bertujuan bagi perkongsian pendapat dan pengalaman dalam industri perunding imej.

  • Mengambil bahagian dalam acara-acara eksklusif anjuran institut kami – bertujuan untuk mendedahkan produk dan kemahiran yang terkini di dalam dunia perundingan imej.

  • Keahlian dan keistimewaan dalam Malaysia Association of Brand and Image Consultants (MABIC) secara PERCUMA.

  • Latihan praktikal – menghadiri sesi latihan kami bersama pelanggan korporat supaya anda boleh mempelajari teknik-teknik perundingan dan menjalankan latihan dengan lebih berkesan.