PROGRAM LAIN YANG DITAWARKAN

BENGKEL ASAS PERUNDING IMEJ BERTAULIAH

Bengkel yang dijalankan bertujuan untuk memberi penerangan asas tentang bidang perundingan imej. Peserta juga akan mengetahui tentang apa yang diperlukan untuk menjadi seorang perunding imej profesional. Barisan perunding imej kami juga akan berkongsi pengalaman tentang bagaimana memulakan kerjaya sebagai perunding imej profesional dan potensi yang terdapat di dalam bidang ini.

Apa yang anda akan pelajari dalam bengkel ini:

  1. Apa itu imej dan mengapa ianya penting pada abad ke 21;
  2. Bagaimana pengetahuan dalam pengurusan imej boleh membantu dari segi gaya hidup peribadi, pembangunan kerjaya atau untuk memajukan bisnes anda;
  3. Memulakan kerjaya dalam bidang perundingan imej– walaupun tanpa sebarang pengalaman;
  4. Potensi kerjaya sebagai perunding imej samada untuk pelanggan individu atau sektor korporat;
  5. Tips asas dalam teknik pengurusan imej.

Yuran : RM80 untuk seorang & RM100 untuk dua orang (diskaun RM60)

PROGRAM UNTUK PELANGGAN KORPORAT

Untuk menjamin bahawa kita sentiasa bersedia untuk berdepan dengan cabaran-cabaran yang ada di dalam dunia perniagaan, sesebuah organisasi hendaklah memastikan bahawa pekerja mereka sentiasa dilengkapi dennsigan kemahiran yang relevan dan sifat berdaya saing. Ini adalah penting dalam mewujudkan satu gambaran yang positif dan professional tentang sesebuah organisasi.

 

Bengkel yang dijalankan adalah satu program latihan yang komprehensif bertujuan untuk membentuk, membangun dan meningkat tahap imej untuk setiap peringkat pekerja di dalam sesebuah organisasi.

 

Keupayaan pekerja untuk memaparkan imej yang profesional dan berkeyakinan serta berkebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan akan menjamin peningkatan produktiviti dan prestasi organisasi, memastikan perhubungan yang lebih baik antara pekerja dan boleh memberikan impak yang positif pada kaca mata pelanggan.

 

Modul untuk program ini akan direka khas berdasarkan objektif dan kehendak sesebuah organisasi.

 

Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.

KHIDMAT RUNDINGAN SECARA PERIBADI

Adakah anda ingin mengubah cara penampilan anda untuk tujuan perniagaan, kerjaya atau untuk tujuan peribadi? Atau adakah anda telah dijemput untuk menghadiri majlis rasmi tetapi tidak tahu bagaimana untuk bergaul dan berkelakuan di majlis tersebut?

 

Melalui pengalaman kami dalam dunia perundingan imej, kami tahu bahawa terdapat individu-individu yang memerlukan khidmat nasihat secara peribadi tentang bagaimana untuk mengubah imej dan gaya pemakaian mereka. Kehendak untuk mengubah gaya keterampilan ini mungkin disebabkan terdapatnya perubahan status di dalam kerjaya atau kehidupan peribadi mereka.

 

Melalui sesi perundingan secara personal ini, perunding imej professional kami akan membantu anda untuk mencapai tahap gaya penggayaan mengikut kehendak dan keperluan anda. Pakej-pakej yang ditawarkan:

Pakej Gaya Pakaian & Warna

Pakej yang menekankan aspek gaya pemakaian dan padanan warna yang sesuai berdasarkan bentuk badan dan warna kulit seseorang individu. Juga menerangkan bagaimana untuk menggayakan pakaian mengikut personaliti atau untuk acara-acara khas.

Kandungan

  1. Analisa personaliti, bentuk muka & badan dan tona warna kulit;
  2. Pilihan warna untuk baju, tudung dan aksesori;
  3. Teknik berpakaian mengikut warna yang sesuai;
  4. Penggayaan dan pemilihan baju, tudung dan aksesori mengikut personaliti yang sedia ada;
  5. Cara berpakaian yang sesuai dalam pelbagai situasi dan acara.

Pakej Etika & Peradaban

Pakej yang direka khas untuk individu yang ingin mempelajari teknik berkelakuan dan berkomunikasi yang sesuai mengikut majlis-majlis tertentu. Pakej ini bertujuan untuk memberi lebih keyakinan kepada peserta untuk bergaul dengan orang lain dalam majlis rasmi ataupun acara sosial.

Kandungan

  1. Etika dan protokol anda
  2. Teknik memberi dan menerima salaman atau sambutan
  3. Teknik berkomunikasi dengan VVIP dan orang kenamaan
  4. Belajar seni “small talk” atau “casual conversation”
  5. Etika pemakanan – penggunaan kutleri, pinggan dan napkin

Pakej Lengkap & Menyeluruh

Pakej secara komprehensif ini merangkumi kesemua topik di dalam Pakej Gaya Pakaian & Warna dan Pakej Etika & Peradaban.

Kandungan

Isi kandungan di dalam pakej ini adalah gabungan antara dua pakej yang disebutkan di atas. Walaubagaimanapun, kami ada menawarkan 2 kandungan ekstra dalam pakej secara percuma:

  • • Sesi personal shopper dan pengurusan almari pakaian
  • • Teknik penjagaan kulit dan kebersihan peribadi

PENDAFTARAN

Tidak memerlukan kad kredit. Selepas pendaftaran, kami akan menghubungi anda dalam tempoh masa 24 jam.