KURSUS PERUNDING IMEJ BERTAULIAH – CERTIFIED IMAGE CONSULTANT (CIC)

Kursus perundingan imej yang ditauliahkan dan diiktiraf oleh Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Kursus selama 5 hari ini akan melatih para peserta dalam menguasai teknik pengurusan imej terkini. Ilmu yang dipelajari boleh dimanfaatkan bagi tujuan peningkatan pekerjaan, perniagaan atau untuk memulakan kerjaya sebagai perunding imej professional.

KELEBIHAN KURSUS PENTAULIAHAN CIC

KEBEBASAN DAN AUTONOMI
Anda adalah majikan untuk diri anda sendiri. Anda mempunyai kebebasan dan pilihan mutlak dalam memilih tugasan yang diterima.

PROFESION MENARIK
Perundingan Imej adalah kerjaya yang menyeronokkan dan menarik. Cabaran dan pengalaman untuk setiap tugasan adalah berbeza dari yang lain.

TEMPAT KERJA FLEKSIBEL

Anda boleh menjalankan perniagaan perundingan imej dari rumah. Ianya mudah dan anda tidak perlu risau mengenai masalah untuk ke tempat kerja. Pada masa yang sama, anda boleh menjalankan perniagaan dan menguruskan urusan peribadi dalam masa yang sama.

DIHORMATI UMUM
Kerjaya perundingan tertumpu kepada bimbingan terhadap individu bagaimana untuk memperbaiki cara hidup mereka. Ianyasatu kerjaya yang dipandang tinggi oleh orang ramai.

KEPUASAN PERIBADI

Tugas utama seorang perunding imej adalah untuk memperbaiki kehidupan orang lain. Membantu individu lain mengubah cara hidup mereka boleh memberikan kepuasan kepada diri anda sendiri

POTENSI UNTUK MAJU
Anda tidak akan merasa jemu dalam bidang imej. Anda sentiasa boleh meluaskan perniagaan anda melalui pelbagai jenis tugasan dan sasaran pelanggan yang berbeza.

PENDAPATAN LUMAYAN

Kini, industri rundingan imej merupakan salah satu industri yang terbesar di dunia ketika ini. Perunding Imej mampu memperoleh pendapatan yang lumayan melalui rundingan peribadi atau korporat.

BERKENALAN DENGAN INDIVIDU MENARIK

Anda bakal membina jaringan usaha sama dengan individu yang menarik dan berfikiran positif kerana mereka turut mengimpikan kelainan dalam hidup mereka.

POTENSI KERJAYA SEBAGAI SEORANG PERUNDING IMEJ

Imej peribadi adalah satu aspek yang sangat mustahak. Kebanyakan orang akan membuat penilaian tertentu berdasarkan first impression. Imej peribadi yang elok akan memberikan satu tanggapan yang positif yang boleh memberikan banyak kelebihan. Semakin ramai individu dan organisasi sedar tentang kepentingan keterampilan dan imej pada masa ini,  oleh sebab itulah permintaan terhadap seorang perunding imej telah meningkat.

 

Seorang perunding imej boleh menjana pendapatan melalui kerjaya perundingan terhadap:

 

  • Individu yang ingin mengubah keterampilan mereka untuk tujuan kerjaya, kerana terdapat perubahan dalam status hidup mereka atau untuk kepuasan peribadi;
  • Organisasi yang ingin memberikan impak yang positif pada kaca mata pelanggan dan pihak awam.

PESERTA AKAN MENDAPAT SIJIL BERIKUT SELEPAS TAMAT KURSUS

Kursus Perunding Imej Bertauliah – Certified Image Consultant (CIC)

adalah program persijilan yang diiktiraf oleh

Open University Malaysia (OUM)

&

Malaysian Association of Brand and Image Consultants (MABIC)

perundingimej_oum
perundingimej_mabic

PENDAFTARAN

Tidak memerlukan kad kredit. Selepas pendaftaran, kami akan menghubungi anda dalam tempoh masa 24 jam.




KUMPULAN SYARIKAT KAMI